pelawat tegar

Monday, May 05, 2014

zaman kejatuhan


salam ,
okay memang tajuk aku tak boleh ekstrem lagi kan. semua makhluk dlm muka bumi ni mesti pernah lalui masa-masa yang tak seronok , masa-masa jatuh paling dahsyat sehingga kau tak mampu nak bangun , masa-masa dimana kau tak perlukan semua makhluk untuk memahami keadaan kau , masa-masa dimana kau mula mempersoalkan takdir which is kau tak pernah terlintas pun nak soalkan dulu. same goes to me. *lap air mata* zaman gelap gelita memang takde cahaya yg mampu menembusi kegelapan aku ialah tahun 2011 ia masa aku f3 masa aku PMR. korg mesti assume ala ini mesti kes PMR tak straight A .. kes PMR straight memang betul tapi ada rentetan peristiwa korg kena tahu kenapa aku tak staight A. kegelapan bermula masa tahun 2010 bulan december. okay nak dijadikan cerita dulu aku sekolah dekat selangor 2 tahun bukan setakat sekolah tapi hidup dekat sana 14 tahun then bila ayah aku dah passed away my mum decided nak transfer dekat [erak dkt dgn fmliy and senang nak berurusan bila ada masalah. mak aku pindah perak masa aku f1. maksudnya since f1 aku telah menjarakkan kehidupan aku dgn mak aku beribu batu sorg2 dgn bantuan pak cik aku yg aku pnggil ayahcik. jadi aku kira jadi independet hidup sendiri naik bas sorg2 beli tiket ktm all by myself. then aku dah terbiasa dgn kehidupan yg sebegitu dengan sokongan dari kawan-kawan. jadi walaupun aku terpisah beribu batu dengan mak aku. aku rasa boleh hidup. then bila dec 2010 semua budak 18 terima offer masuk hostel. and tak terima lagi. tunggu punya tunggu. a word DUKACITA. could describe everything. tidak perlu aku coretkan isi surat itu hanya satu perkataan mengubah hidupku for a year. bermula dari situ. aku dengan air mata tidak berpisah. aku seolah merasakan kenapa aku ? sedangkan aku tak pernah buat kesalah displin yg besar hanya balik lewat 6-7 kali. tak sebesar mana pun kesalahan jika dibandingkan dengan kesalahan org berdating , org merokok. aku ada menyuarakan isi hati aku dgn mak dan bila dia kata i should move here. rasa sedih tak tertanggung. aku mula persoal kenapa tak buat rayuan , bukankan urusan perpindahan lagi sukar dari rayuan. jadi kesedihan aku terbawa-bawa hingga hari pertama dan buat pertama kalinya aku melangkah dkt smk raja chulan. on that day , aku bertekad aku mmg tak suka sekolah ni. ekoran daripada bila mindset dh ckp mcmtu keperibadian aku turut terjejas. aku yg dulunya periang happy go lucky yg mcm takde masalah suka ketawa. lesap macam tu je identiti aku. bahkan aku terpernah bercakap dgn org sebelah aku laki la for the whole year. menjadi pasif lesu tak bersemangat murung merupakan protes dan cara aku memberontak. bila aku terkenangkan kehidupan aku disana air mata ni tak pernah nak kering asyik nak mengalir. bila dah hampir nak PMR. aku terpikir. aku sepatutnya guna peluang ini untul belajar supaya bila aku dpt keputusan yg cemerlang aku dpt jumpa balik dgn mereka. ye walaupun bukan di 18 barangkali di sbp/mrsm. sekali lagi mentaliti dan sikap positif aku diuji apabila tiba hari keputusan PMR. aku hanya dpt 3A. allah tuhan saja tahu mcm mana rasa peritnya deritanya nak terima benda ni. sedangkan rakanku di 18 majority 9a di chulan 6a sedangkan aku kenapa harus 3. maka distulah bermulanya berlaku kemuncak segala kesedihan aku. aku mula mempersoalkan takdir , aku mula bersangka buruk kesedihan aku juga membuatkan aku rapuh sedih tak terkata jiwa ini rabak tak terperi kadang2 aku berasa ya allah ujian kau terlalu berat untukku tanggung.kesedihan yg membuatku hilang identiti. kesedihan membuatku hilang atau rasa putus asa dgn rahmat allah. kesedihan yg membuatku tak mampu menangis sbb air mata ni dh penat mengalir atas benda yg tak guna. tapi apabila masuk ke f4 tiba2 aku ada rasa ingin bangkit. aku tak nak kesedihan membunuh kehidupan. kesedihan yg mensia-siakan peluang dan usia mudaku. pada malam tahun baru la aku berazam yg aku tak nak menangis tahun ni. alhamdullilah azam aku tercapai bahkan sehingga aku habis sekolah. disaat aku tidak menerima chulan disitulah aku mula bukakan hati jatuhkan ego kuatkan semangat smpai bila aku ingin menolak mereka sedangkan aku perlukan mereka. alhamdullilah identiti ataupun true colors aku kembali dan azam masa SPM aku haritu. aku terima aja keputusan SPM aku. walaupun berapa a sekalipun. sbb aku tahu kejayaan tunggu aku dihadapan, kalau perlu aku tempoh ujian berat hanya untuk kejayaan yg jauh seinci apa salahnya berbaloi. kadang-kadang apa yg kita suka allah tak suka , kadang2 apa yg kita tak suka allah suka. tapi kalau DIA ganti dengan something better takkan tak nak ?. jadi moral of the story zaman kejatuhan adalah zaman bermulanya kau dkt dgn kejayaan. kejayaan itu bukan datang dlm masa terdekat kadang mengambil separuh umur kita. masa tu baru kita sedar kalau tak terjadinya zaman terngadah terhantuk terhempap takkan ada kita yg skrg. percayalah kejayaan hanya seinci di depan cuma kita yg perlu pecahkan tembok halangan untuk mengecapi.

p/s : okay dah boleh ganti doktor fadzilah kamsah.

No comments:

Post a Comment