sooo sweet
salam ,
"anis asal kau letak gmbar gwen dgn balak aku ?"
sbb aku nak bagi hg jeles.ekekek takde la so aku tengok sekarang perkahwinan diusia mentah oppps semakin menjadi trend untuk anak-anak muda skrg . aku disini bukan nak bagi perspektif negatif semata-mata. sbb aku pun turut menyokong perkahwinan diusia setahun jagung cuma. aku ada beberapa persoalan yg sering bermain dimindaku. ye la definisi muda bagi aku bukan belasan tahun. aku bukan dikategorikan perempuan yg mmg expert serta paling berpengalaman dalam bercinta.
"anis kau tipu kan ? "
swear gitu. aku mmg takde pengalaman bercinta secara serius yakni mengekalkan hubungan dgn sang laki po ja an hatiku lebih daripada 6 bulan setahun atau pun 3 4 tahun. bahkan sehari pun tak pernah percayalah aku hanya expert dan berpengalaman dalam bidang syok sendiri dan seharusnya dpt anugerah dlm bidang tersebut sbb aku sememangnya pro. bila aku tgok anak-anak muda seangkatan mengambil one step forward dlm satu perhubungan ke arah yg lebih serius. aku terkesima. sbb aku tertanya-tanya bagaimana dorg ada kekuatan untuk melafazkan kata-kata keramat seperti SUDIKAH DIKAU JADI SURI DALAM HATIKU / KAU NAK JADI BINI AKU TAK / MEH AKU NAK JADI IMAM HG FOREVER AND EVER *dalam nada serius* selain drpd terkesima dgn kata-kata aku turut terkedu kerana pikiran dorg sudah semasak-masaknya dlm melayari bahtera kehidupan bersama intan payung diusia muda. aku pun turut terpikir dari mana datang nya sumber kewangan sang suami untuk memberi sesuap nasi ataupun nafkah kepada si isteri. nafkah batin sudah tentu tertunai. *cough* ye ada setengah ckp dorg buat nikah gantung nikah misyar. aku bicara soal pernikahan yg tiada gantung atau pun misyar. kau paham tak. aku bercakap tentang perkahwinan yg sebenar-benar perkahwinan. maksudnya si lelaki punya pendapatan yg tidak seberapa kerana masih muda dlm dunia mencari rezeki. duit pun hanya cukup untuk alas perut. mungkin ada yg berkahwin dgn pasangan yg jarak umur yg berbeza. maka untunglah si isteri kerana lakinya sudah cukup untuk menanggunya. aku cuma tertanya-tanya bagaimana mereka yg seusia atau cuma tua 2 3 tahun atau pendapatan umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. aku tak membangkang perkahwinan belasan tahun. mmg perkahwinan itu sunnah. perkahwinan itu boleh membunuh jentera syaitan umpama 50 das tembakan bazooka. especially di malam pertama berganda-ganda bertubi-tubi das tembakan bazooka nya maklumlah halal instead of zina. bagi aku , aku akan sokong perkahwinan di usia muda bila :
- pendapatan mencukupi untuk tanggung si anak bini
- cukup bersedia untuk melayari amukan ombak perkahwinan
- cukup bersedia menerima tanggungjawab
- cukup sedia menerima seadanya
aku tahu duit bukan segalanya bahkan kita boleh bahagia tanpa duit. tapi aku tak cakap duit itu tak penting. duit itu penting bukan bermaksud materialistik.bukan aku nak ckp mengikat tali kasih sayang semata kerana harta. aku cuma nak ckp. pendapatan itu tak perlu mengaut rm50k sebulan cukup sekadar dpt menampung keluarga. kalau diri kita tidak terbela , masih menagih harta ibu bapa bererti kita belum mempunyai cukup pendapatan. mmg mas kahwin itu boleh dibayar secara hutang mmg sah tapi jika ajal menjemput kau esok berbeza hukumnya. hukumya seolah kau berzina dgn si isteri. sumber- kalau dah jodoh ustaz kazim apa salahnya ditangguhkan. kalau tangguh mengalakkan penzinaan. zina takkan berlaku jika kau mampu mengawal nafsu. mampu menunduk pandangan mampu menjaga hati. apa salahnya mengumpul dahulu. tak banyak tak apa. asal ada keberkatan sudah cukup untuk menyuntik kebahagiaan
ombak perkahwinan itu tidak setenang ombak di pantai. adakala mampu menjadi tsunami. aku kadang2 kagum tgok org yg sudah cukup metal dan fizikal untuk menghadapi ujian perkahwinan. pndangan aku perkahwinan belasan tahun belum cukup untuk diklasifikasikan sbgai perkahwinan matang. bahkan baru nak mengenal dunia. aku takut mereka tak kuat. tak semua org menginginkan penceraian bak kata fiza elite. tapi kadang-kadang kita tak mampu mengawal sifat amarah kita.bila masa kita sudah berada pada kemarahan atau kekesalan on top of the world fikiran tak mampu dikawal takut emosi akan merosakkan segalanya dgn kata-kata talak. aku tahu org akan ckp ada org kahwin 30-an pun bercerai jugak. kau nmpak tak kalau 30an dh bercerai belasan ? ye aku juga tahu kau akan ckp opah kau menikah diusia 15 tahun. cuma kau harus tahu beza dunia dulu dan skrg. kau kena tahu environment dulu dan skrg. remaja jiwanya memberontak. darahnya menggelegak. jgn disamakan dgn mereka yg lebih tua.
tanggungjawab. bagi aku tanggujawab itu penting. ye kalau kau dikategorikan sbgai wanita bak ibu mithali yg mampu memasak kemas rumah dan gosok baju tidak menjadi masalah. yg aku risau hanya mereka yg tidak pernah terbiasa dgn semua ini. jika dulu dia bergantung pada bibik skrg ? mmg dia boleh belajar untuk buat sendiri.aku tahu perkahwinan bukan berobjektif nak melihat si isteri pakar dalam menggoreng ikan.manusia sifat dia hanya sementara. mungkin si laki boleh menerima keadaan isteri tidak masak tak pandai lipat baju basuh kain. tapi mampukah si suami bertahan hingga ke akhir hayat. aku takut mungkin diawal perkahwinan akan rasa manisnya. aku takut manisnya hilang bila kau dah telan kepahitannya. pasti ada sedetik si hati suami nak melihat si isteri masak. pasti ada sedetik nak melihat si isteri melipat baju. aku takut disbbkan hal seremeh ini merapuhkan ikatan rumah tangga.
menerima seadanya. ya skrg kita boleh terima dia seorg yg miskin. ye skrg kita boleh terima dia tak boleh masak. ye skrg kita boleh terima dia suka campak spender merata2. ye skrg kita boleh terima dia tak pandai tekan washing machine.lipat baju pun mcm lipat bungkus nasi lemak. aku cuma nak tanya kenapa harus pikir benda yg skrg kenapa tak pikir akan datang. kadang kelemahan kita menjadi kunci utama untuk kearah penceraian. mcm aku nyatakan tadi manusia ini sementara sifatnya kadang2 benda yg remeh pun dorg anggap such a bother. bagi aku sebelum melangkah ke alam perkahwinan aku patut baiki kelemahan aku. aku tak nak kelemahan aku menjadi punca penceraian.
ye walaupun korg mcm nmpak aku membangkang kan ? tak sebenarnya as long as u already have all characteristic yg aku ckp. kpd pengantin baru diluar sana maaf bukan nak mengata. jika korg rasa pendapat aku ni bertentangan bagi la aku pencerahan. sbb aku dh ckp aku tak pernah mengalami percintaan ekstrem apatah lagi membina sebuah mahligai. aku memberi pandangan sbgai sorg wanita muda. sbgai seorg remaja. mungkin dgn sedikit pencerahan mana tahu aku kahwin esok ke. aku bukan memilih aku cuma samar dalam percintaan. aku cuma belajar dari kepahitan org. aku hayati dari novel2 drama2 dan sinetron2. mungkin kisah korg berbeza dari mereka.



No comments:
Post a Comment