pelawat tegar

Monday, March 17, 2014

tutorial shawl "covering chest"

salam ,
engkau hijaber tapi bukan HIJABISTA ? jangan risau. disini aku akan menyediakn 1001 solusi. khasnya sekarang fenomena dalam kalangan hijabista yang semakin menjadi -jadi iaitu penggunaan wide shawl tidak kiralah lebar antara 1.8- 2.1 meter ia tetap mendapat tempat dalam kalangan wanita muslimah. tapi kalau diperhatikan tak ramai sebenarnya hijaber kita ni menggayakan wide shawl mengikut syariat yg telah di tetapkan oleh islam. jadi aku rasa mcm amatlah bertanggungjawab untuk berkongsi sebenarnya kau org tak payah nak "singket-singket" kan engkau org punya shawl untuk kelihatan fashionable sehingga terdedah apa yg tak patut. jadi aku akan kongsikan beberapa tutorial yg agak inspired untuk stay fashionable without neglecting our aurah.

  •  tutorial by yasmin redzuan - sapa tak kenal instafemes , twitfemes yang boleh dikatakan sbgai seorang muslimah yg rare. kalau nak rare ke brutal ke havoc ke kau kena ingat engkau tu muslimah aurat diutamakan..


  • tutorial by dena bahrin - hijabers yg tak kenal dena bahrin sila benamkan muka anda dalam lubang arnab sekarang sbb sememangnya anda penipu. dena bahrin ni juga telah menginspirasikan aku dalam menggayakan tudung labuh "gaya comel" selain itu. beliau ni juga sangat tersangat tersangatlah menginspirasikan aku dalam berfashion dalam gaya muslimah kontemperori. ya allah sejuk mata ai tenung kak dena.


  • tutorial by ayesha syahira - tutorial seterusnya ni ya ampun. sis yg buat tutorial ni sangatlah flawless dah la flawless ditambah pulak dengan pakej menutup aurat. aku memang komfem sure sungguh pasti tak ada lelaki yg tak terpikat. gaya shawl yg dia buat pun sangat ringkas. within 3 mins or less dah siap. and totally covering "that part".


  • tutorial by nurul dotdotdot - sebelum tu engkau org jangan gatai pitnah aku kenapa aku letak nama dia dotdotdot. wallahi bukan aku nak censored cendsored nama org ni. nak tahu asal nama dia dotdotdot sila drop komen dkt youtube dia terima kasih. haa ni lagi satu tutorial yg boleh dikategorikan sbgai "simplest" jugak. aku yakin korg mampu beat masa empunya tuan yg buat tutorial ni. kalau dia buat 2 mins korg boleh challenge dia dalam 40 secs dah siap. kekekekek


  • tutorial by sakinah cameron - subhanallah ! omg ! omg ! inilah tutorial the most favourite paling tak terkata fashionista nya tutorial ni. malangnya sungguhpun aku begitu taksub dengan tutorial ni hampir 30 kali jugak la aku buat layer and yes 30 kali aku buat 30 aku failed. i just want have a perfect layer of shawl. jadi aku tak rasa aku the only loser dalam hal ini. jadi aku kongsi la kpd hijaberss yg rasa dirinya winner. yes you may try. kalau jadi habaq terima kasih noooh ! FYI THIS TUTORIAL INSPIRED BY SHEARASOL'S TUTORIAL SHAWL. 




itulah antara tutorial yg aku boleh kongsikan. dan kebanyakkan gaya shawl yg aku pakai based on this tutorials. mungkin ada juga beberapa gaya yg aku campur adukkan buat gaya aku tersendiri. soo hijabers diluar sana. anda masih boleh menjadi hijabista. sapa cakap tak boleh ? tapi kena ingat aurah before fashion. jujur aku cakap mmg la kita perhati mcm cantik je mcm comel mcm hot je pakai shawl yg pendek-pendek singket singket ni kan ? tapi menutup aurat tu bukan pilihan itu kewajipan. jadi apalah salahnya ketepikan sikit ego fashionista kau org tu demi maruah mu. apa salah nya ? ! aku pun masih dalam proses melabuhkan tudung. nak lakukan perubahan tak perlu drastik biarlah perlahan bak kura-kura asalkan istiqamah iye dok. 










No comments:

Post a Comment