okay kan semalam aku cakap nak buat comeback so hari ni aku nak cerita la biasala kalau enko dah lepas SPM pastu enko tak keje takkan enko nak ternak lemak badan yg sememangnya dah bertan tan melekat berlingkor aje atas katil ? soo aktiviti berpaedah aku buat ialah BUAT LESEN. ni dh mcm benda wajib la kau buat lepas SPM tak kiralah kalau kau keje mahupun penganggur tetap mcm aku , ni la top list things need to do after SPM korg. okay aku pun ambil la lesen kete motor. jujur aku ckp mcm dah rasa hebat bila ambil both lesen ni. kakakakak kemain berlagak lagi aku. aku buat lesen mmg cantik beb date dia lepas bunga api dok pum pang pun pang 3/1 aku dah buat lesen. aku pun pi la pusat latihan memandu sektow tambun.. haaa kalau kome yg dok ipoh mmg dah bercita-cita nak masuk sini ikuti la post ni hingga ke part 5 kot. kau ingat sekejap ke buat lesen. kau jangan ingat semua org boleh senyum nerongeng nerongeng aku adalah calon yg sentiasa buat muka masam paling pathetic paling sadis dalam mendapat lesen SEPENUHNYA. jadi ikutilah suka duka onak dan duri sembilu ku.okay skrg aku akan ceritakan proses pertama kau kena buat dlm mendapatkan lesen.
1. kelas kpp
ni la part yg paling korg akan menyampah dlm bnyak2 proses. mana tak nye weh panas punggung kot duduk dalam bilik tu 5 jam hadap pak cik2 yg bagi ceramah kpp. masa ni la dia nk tanya kalau masuk simpang tu nk buat mcm mana , nak potong kete mcm mana. naik bukit mcm mana.. tbh aku setengah jam pertama steady habis start 9.31 mulah nak "khoooor , khoooor" nasib belum tawaf lagi. so bersabarlah ye. kan aku ckp buat lesen tak senang. kuatkan mental dan fizikal.
2. ujian komputer
lepas kau dh lemau dlm ceramah kpp tu korg wajibun WAJIBUN WAJIBUN pi test computer , bukan setakat pergi menonong buat muka tak semegah korg WAJIBUN WAJIBUN WAJIBUN dpt 42/50 AT LEAST ni la passing mark. kalau gagal repeat bayar la berapa rm tah.. aku alhamdullilah dpt 46/50 syukur alhamdullilah. aku tak tahu la mcm mana gaya org yg tak khatam buku kpp tu boleh lulus serious bak hang. sbb aku buat buku tu dh salah bnyak gilaa. mmg superb la org mcm tu,
*tips aku lulus test komputer :
lagi 3 hari nak test masa tu la terkial kial buat buku 500 soalan tu. aku buat smpai habis. lepastu aku baca semua buku tu balik for 2nd time. 3rd time aku baca yg mana aku salah 4th time aku baca lagi.
mmg berdebar weh. aku ckp betul buat la bebetul. especially yg area ipoh ni. korg akan buat test dkt area tasek kau nak tunggu ke beratur panjang gilaa dibawah mentari pagi dibasahi dgn peluh yg mengandungi asid uric semua apa kau nak ? kau ingat 2 3 ketul je test ramai. so buat la bebetul
3. teori motor
sapa yg dh lulus and ambil lesen motor boleh la hadiri kelas motor i mean teori ni maksudnya ceramah gitu. for 3 jam. dlm tu dia citer la bhgian motor. ko nk pegang handle mcm mana. tukar gear mcm mana. serious aku ckp. aku mmg zero bab motor kali terakhir bawak motor time f3 tu pun kalot-kalot lagi. AND FYI KAU NAK AMBIK LESEN MOTOR PLEASE PLEASE PLEASE BASIC BAWAK MOTOR TU ADA WAJIBUN ADA , nk tahu sbb apa , sbb dorg takkan ajar kau nk ke cikgu tu bonceng belakang mcm hg bawak adik adik hang ? no way man. dia takkan ajar. nak tahu cemana aku survive ? dlm kelas tu aku mmg takut dgn sorg cikgu ni nama dia cikgu amir. aku dah peghati dah dia weh. since first time aku jejak sektow tu. dia dok terpekik terlolong marah budak2 yg tak berapa reti bawak motor satu hal , bajet taiko jaguh motor satu hal. seram woooi. dia punya garang tu bapak singa mau jadi anak kucing yg enko boleh dok gentel2 perut dia. dia mmg suka tanya budak2 tak reti bawak motor. yela mak aku dah pesan kalau cikgu tanya , cakap tak reti bawak motor. aku tak sangka jugaklah kejujuran aku dipermainkan oleh pak cik tu. dia ngenekan aku. aku hanya mampu gelak sopan. momen-momen paling ku takuti ialah amali. peh peh peh peh peh aku pikir mcm mana aku time tu. ya ampun. dah la cikgu amir dah bagi warning dlm kelas dia diumpamakan arnab yg kau boleh belai belai ketawa ngekek-ngekek bila masuk dalam track kau jgn tanya aku kenapa 100 meter kau bawak motor dia dah nyembuk kata-kata umpama api yg keluar dari mulut naga. kau jangan tanya aku kenapa. soo next proses inshallah aku akan cerita lain kali.. to be continued.
contoh track motor *ni bukan sektow tambun


mcm scary jep nk ambek lesen...:3
ReplyDelete