salam ,
takde la lama sngat aku tak update blog kan ?. okay mesti korg semua tertanya-tanya aku ni tak smbung belajar ke , tak nak belajar ke hape ! heheheh. lepas semua SPM leavers dok pompang pompang di facebook mahupun twitter mengenangkan kesah UPU F6 MATRIK. aku juga begitu. tbh aku tak dpt upu. sedih mmg sedih. cuma aku dah menganggak aku tak dpt disebabkan aku tahu org yg sikit A mcm aku upu tak nak pndang. heheh. takde la UPU ni bukan based on your spm's result.
"anis wait ! wait ! apa ? kau gila ke upu ikut result la "
okay sebenarnya result SPM kau hanyalah pemudah untuk kau masuk U. paham tak PEMUDAH. okay senang cerita kau ada ticket vvip. tiket vvip bukan semua org dpt wooo. haa mcm tu la tapi pokok pangkalnya UPU based ON YOUR REZEKI/LUCK. ye. ada org straight a dpt upu ada yg tak dpt. ada yg 1a dpt upu ada yg 1a upu tak pndang. ikut rezeki. jadi rezeki aku bukan pada tahun ini. yg agak malang disini aku ditawarkan di matrikulasi melaka. which is aku tak pernah expect akan dpt tawaran tu apatah lagi sejauh itu. aku hanya menjangkakan f6. aku gembira dpt tawaran. tapi aku tak suka matrik sbb aku mmg dah bertekad setelah aku mengalami azab yg tak terperi menelaah segala subjek sains time SPM ya ampun susah smpai terdiam bak hang. bagi org lembab mcm aku mmg susah. jadi bila org ckp matrik ni senang. matrik ni mana ada kena tendang. matrik tak susah mcm aku pikir. matrik nnt dpt kos lelong untuk sapa yg pointer rendah matrik ni itu dan ini . otak aku mcm tak boleh terima sebarang benda positif pasal matrik. aku hanya pikir matrik susah. aku tak boleh bawak. orientasi mcm PLKN. *anis melebih je kau* aku memperjudikan masa depan aku. sungguh aku ckp aku tak bersedia untuk ke matrik isnin depan on my birthday. sedih gila nak mati sbb bila aku 18 tahun everything change change change change. aku tak tahu mcm mana nak yakinkan diri ini jalan yg aku pilih ni terbaik.
"anis kalau kau tak nak matrik , asal kau pilih masuk sana ? "
aku tak tahu aku tak tahu aku tak tahu. aku dah 3 hari istikharah. then aku terbaca satu blog ckp ikut flow je apa dpt pergi je. yeah aku mmg ikut flow bukan ikut minat. and aku tak tahu sama ada aku akan kecundang ditengah jalan or apa2 la.org semua ckp belive in yourself macam mana aku nak yakin kalau aku dpt benda yg aku taknak tak minat. haih. jujur berat sngat hati aku nk tekan terima tawaran pi bukak akaun bsn pi bayar yuran kejadah. jadi kpd sesiapa yg pernah mengalami nasib sepertiku sila la bantu diriku yg dilema ini ubah persepsi reset minda.. i just need a new life with positive mind. bye.



No comments:
Post a Comment