pelawat tegar

Wednesday, April 02, 2014

pahit manis buat lesen part 3

salam ,
memandang post lesen ni mndapat sambutan yg hangat aku coba ye COBA untuk tidak melengahkan penasaran korg the next step untuk buat lesen. okay hari tu aku cerita pasal motor kan ? hari ni aku nak cerita pasal kereta disni aku nak highlight kan sesiapa yg nk smbung belajar dkt sektow tambun ipoh . aku mmg ambil lesen dua dua sekali satu nak murah satu nak cepat habis satu lagi mak aku suruh. aku anak emak okay.

1. teori

macam motor jugak sebelum proceed amali kete kau kena hadap jugak teori a.k.a ceramah sbb ceramah adalah permulaan lesen L sbb tu la kalau hgpa tgok motor ada guna sticker L kan ? sbb dorg baru buat ceramah yg 10 jam tu depe tak buat. di sini aku nak ingatkan kereta mmg ada lesen L tapi lesen L TAK BOLEH TAMPAL KETE MAK PAK HANG sbb lesen L khas untuk sekolah memandu punya kereta only okay ?. dalam teori hari tu aku dgn kak na. peh peh peh time tu jugak aku dpt cikgu haji seman. sumpah nk kencing aku duduk dlm kelas teori dgn sejuk mcm kau duduk dkt alaska. fyi cikgu seman bekas jpj so dia punya garang nauzubillah kau paham kan ?. kau bayangkan masa aku dtg tu dia tengking sorg amoi tu aku mcm what the pehal duh nk marah dia.. kau tahu sbb apa ? kau tahu kenapa ? sbb dia pakai baju lengan pendek without kolar.. AKU BARU TAHU WEH KENA PAKAI KOLAR PERGI SEKOTW. dia kata lepas ni kalau dia jumpa sapa pakai baju without kolar dia halau. dia nmpak depan mata dia dia halau. amoi tu hampir kena halau. dssbkan dia first time berjumpa dgn cikgu seman cikgu seman kasi last chance. mmg rasa dkt tali gantung weh. kalau aku yg tgok dia pun dah sentap tahap impak maksima. kau bayangkan amoi tu dah la kena marah depan public merah kaw kaw muka dia. aku tahu dia tahan nangis. and lagi satu kalau takde baju kolar sekalipun dia suruh PAKAI BAJU SEKOLAH. sumpah aku tak buat lawak. walaupun statement aku ni boleh dpt 5 bintang dari dato' yusuf haslam. nasib muslim perempuan dia tak selak tudung .. aku mmg saman malu dkt sektow tu kahkakhakahkah. *wooooooi anis kau jgn nk gelak sakan* aku dalam kelas tu pak cik tu mulakan sesi throwback masa kau ceramah kpp nasibla sapa yg tidur tak fokus dlm ceramah tu mmg tak dpt jawap soalan bertubi tubi bak m16 israel wa ckp. antara soalannya .berapakah ukuran sticker p ? berapakah had laju bas di lebuh raya ? apa yg dimaksudkan dgn lesen gdl ? AKU DH CKP TERUIH TERANG DGN HGPA SOALAN LESEN KALAH SPM. haaaaa mau tak terberak tercerit aku nk jawab dah la aku dgn kak na bantai duduk depan mmg kena aim. lepas tu dia ada bagi ugutan.. SAPA JAWAB SALAH BERDIRI ATAS KERUSI , SAPA JAWAB SALAH DAN JAWAPAN TAK BETUL LARI TRACK SEKTOW aku kalau mengandung time tu mmg dah pecah ketumban aku ckp kalah cerita conjuring insidous.. sebenarnya dia ugut je supaya org tak tidur time ceramah tu.. walaupun dia buat lawak takde sorg berani gelak.. ni lah bukti bertapa dedikasinya pencen jpj ni. dlm kelas tu dia akan tunjuk mcm mana nk tukar air , bateri tunjuk engine apa semua check kereta. okay selesai.

2. amali

maka bermulah ke excited- an korg nk bawak kereta maka bermula fungsi agen for those yg guna agen. sapa tak excited berpada-pada la woooooi. percayalah ckp aku ke excited dan semangat korg akan mati saat korg asyik dihentam dan dimarah dek kerana benak sangat bawak kete. asyikmati enjin mati enjin mati enjin.. sapa tak stress siut. korg kena ingat cikgu memandu tak sama mcm cikgu sekolah hg yg hg boleh lawak sakan gelak nak bagi 4 bintang ke apa. dorg punya pengajaran standard zaman pasca kemerdekaan peeeh bahasa heheheheh baru korg rsa cemana mak pak hg rasa dulu azab ke tidak..mcm aku agen aku labelkan aku ni degil kerasa kepala ikut kepala tercorot bapak segala kepala tu semua aku. mau tak down aku. paling kelam kelibut masa belajar kete agen akan pick up korg dari rumah. then korg akan drive pi pusat memandu. agen aku selalu ajar hari biasa. then one day masa tu dia ambil aku pagi bayangkan jalan sesak org keluar pergi keje.. masa tu nk masuk simpang aku punya la cuak nak mati nk masuk simpang. terlepas clutch awal haaaa ambik kau mati enjin tgh jalan. agen aku punya lah "KALAU BUAT MASA TEST GAGAL GAGAL GAGAL".. mau tak stress hidup asyik ckp "GAGAL GAGAL GAGAL GAGAL GAGAL" mmg cuak kebebek *bak kata kak na. pastu belajar bukit parking 3 penjuru. parking ni senang je asal korg ingat step. 3 penjuru ingat TAK BOLEH BERHENTI BILA NK MASUK PARKING  kawal clutch dah nama 3 penjuru 3 pergerakan je boleh. bukit aku guna teknik aku sendiri aku tekan minyak masa naik bukit bila agak agak nk smpai puncak aku lepas minyak and terus break.alhamdullilah teknik aku berkesan. btw nak tunjuk betapa dedikasinya aku untuk belajar kereta dari first amali smpai habis aku tulis nota mcm mana nk buat parking mcm ni ada org ckp aku tercorot bebal lagi benak ? bukan nak riyak kadang2 org suka melabel org yg susah nk belajar ni anak manja bangang apa semua. dia tak tahu org tu dah usaha apa yg termampu jgn lah push marah dkt dia mcm dia tak usaha langsung. sumpah aku kesian tgok org belajar kena marah apa semua. *anis kau jgn ingat kau tak kena marah dah balik asyik nangis* serious weh belajar kete bnyak duka dari suka stress nak mati. sama mcm motor huaaaaaaaaaaa. kak na lagi lah weh dpt agen setaraf bapak segala jpj dlm malaysia ni dia belajar dari waktu dhuha smpai maghrib smpai dia sorg ada dekat sektow tu pun cikgu tak bagi balik selagi tak pass. betul cikgu memandu bagai langit dgn bumi dari cikgu displin skolah hg.

3.qti

setelah habis 8 atau 10 jam amali so korg dah boleh test. aku test sama dgn kak na giliran aku ke 14. masa test tu dia susun kete bnyak2 ambil sorg satu. masa naik bukit *gulp* aku punya handbreak tak kuat maybe sbb aku dah terbiasa dgn kereta agen.. masa tu mengundur belakang weh.. masa mengundur dia kasi 2nd chance for those yg mengundur alhamdullilah lepas. then selesai tu buat side parking and 3 penjuru. alhamdullilah lepas sekali dgn jalan raya. dkt sektow dorg masa test mmg kasi chance korg lulus tetapi kalau dia tgok korg dah lebih 3 kali lnggar line kuning tu gagal jugak. maybe masa tu allah sayangkan aku kot sbb tak snggup tgok aku meroyan mcm motor hari tu aku dgn kak na pass. sooo lepas ni jpj. 8/4 next week. sumpah sapa ckp tak cuak.

p/s : mcm tu la kesahnya. ingat sekolah memandu ni tak sama mcm sekolah yg kita sekolah dulu. dulu pentingkan teori skrg dkt skolah memandu kemahiran praktikal. jadi aku nasihatkan korg belajar dulu sbelum dftar kelas memandu sbb 10 jam je weh belajar kalau korg start dari zero mcm aku. payah sbb korg nothing bila nk buat parking semua tu take time nnt kena tambah masa belajar. apa yg penting manual ni pandai control clutch. aku bukanlah yg cepat pick up aku mmg tiap2 hujung minggu belajar naik kete mak.tambah masa belajar mmg rm20/hour tapi kalau dah smpai 5 kali kau dah boleh beli barang dapur. jadi apa yg penting pandai control clutch. and doakan aku lulus jpj nnt aku dimomokkan jpj perempuan cerewet gila hari tu ramai failed bukan sbb lnggar lampu isyarat ke apa. sbb lambat bawak metre 20/30 and jarang guna handbreak... tu pun failed kejadahnya. doakan aku  yeaaa :'''''''/

No comments:

Post a Comment