Assalamualaikum and hai . kan kita dah cakap kita akan menghabiskan sisa-sisa hidup kita as a student dengan blog. okay hari ni tajuk dia jenis -jenis sedih. sebagai manusia kita memang tidak lari dari macam-macam perasaan . salah satunya SEDIH. sebenarnya ada macam-macam jenis sedih. and sedih ni datang dari pelbagai perkara meh sini aku senaraikan kesedihan yang setiap manusia rasai . :
- Sedih ringan ( terasa/sebak ) - terasa pun salah satu bentuk sedih tau. cuma ni dikategorikan sebagai jenis sedih yang ringan. sebab jenis sedih yang macam ni kalau dia terasa dia pendam. tapi tak menangis . sebenarnya bagus juga. at least kalau di pendam dia tak timbulkan huru hara. contoh la kan , dia terasa orang cakap dia gemuk. dia punya tak sabar pergi la bagi penampar paling dahsyat di alam semesta ni.. tak ke naya tu. tapi kalau pendam. kita jangan la macam terlalu pikirkan sangat. ye la benda remeh temeh pun nak dipikirkan nya. kalau sebak pulak , dia sebenarnya sedih tapi tak sampai tahap menangis . contohnya kalau kita tengok atuk sedara kita meninggal. kita sebak tapi tak menangis kan ?. haaa macam tu la
- Sedih berat - sedih berat ni selalunya dia gagal dapat sesuatu contohnya dia work hard gegila punya nak score dalam SPM suddenly result dia macam ASDFGHJKL. lebih kurang macam tu la. selalunya kebanyakkan orang macam ni dia memang akan menangis punya. sebab dia rasa kalau menangis akan menenangkan dia.
- Sedih berat sangat - selalunya orang macam ni dia hilang sesuatu yang tiada ganti and takkan pernah ada ganti. contohnya melibatkan kematian.kalau orang perempuan dia di sahkan tak boleh mengandung. jadi sedih dia teramat amat sedih. sampai kalau boleh setiap juraian air mata dia tu dah sama dengan satu baldi.sebab dia tahu dia dah hilang sesuatu yang tiada ganti , kalau ada pasti tak sama. orang macam ni. selalunya jangka masa dia nak "move on" dari kesedihan tu ambil masa la. sebab dia dah terima satu tamparan yang hebat. jadi kalau dia nak move on tu dia tak cukup kuat.
- Sedih yang terlampau - sedih yang macam ni bersambungan dengan sedih berat sangat. orang yang alami kesedihan macam ni lebih memilih untuk memendam rasa terus duduk dengan dunia khayalan dia , dia layan sangat perasaan sedih dia. sampai dia tak boleh move on. sebab tu ada sampai yang gila.jadi sebelum jadi macam ni kita kena rawat hati kita dulu. jangan diikutkan emosi kita.kalau tak sampai bila-bila pun kita takkan keluar dari dunia kita.
- SEDIH ? - orang macam ni kesedihan melampau yang membuatkan dia dah tak kenal sedih tu apa ? macam mana nak sedih ? sebab tu kalau masuk hospital sakit jiwa most of them happy , layan perasaan , ketawa. sebab dia dah penat menangis and kesedihan dia dah buat dia tak kenal erti sedih tu macam mana. ada juga orang tak gila kena nasib macam tu. sebab tu kalau dia terima benda yang sedih dia tak tahu dia nak menangis ke tak , sebab dia dah selalu menerima tamparan yang sebegitu rupa. dan seakan-akan benda tu dah lali. orang macam ni kena berhati-hati. ESPECIALLY orang yang dah buat air mata dia jatuh berjurai-jurai tu. sebab selalunya orang macam ni dah belajar dari kesilapan dia. dan bukan mudah bagi dia nak bagi peluang dekat seseorang.
memang tak dinafikan semua orang ada kisah sedihnya. tapi bergantung kepada diri kita macam mana nak atasi kesedihan kita. macam -macam cara , ada orang makan banyak-banyak , menangis , memancing , melancong. kalau allahyarham sudirman dia tulis lirik lagu.. semua lagu sedih , semua tu dia yang alami. dia nyatakan kesedihan dia dekat atas kertas.so kesedihan kita sebenarnya nak ajarkan kita jadi orang yang tabah , and tak semua benda yang kita nak kita dapat. kita hidup dekat dunia bukan di syurga. wasalam....



No comments:
Post a Comment