pelawat tegar

Thursday, March 15, 2012

awak artis ke ?


Assalamualaikum and hai *sambil tunjuk gigi yang kuning. okay hari ni aku nak cakap pasal "keterdesakkan" atau dalam BI nye "desperate" haaaa *mengeluh sekejap. aku masih tidak paham dgan keterdesakkan manusia terutamanya di laman sesawang terkemuka dunia "FACEBOOK" . dan aku selalu menjadi MANGSA SI KETERDESAKKAN . agak sadis apabila mendengarnya kan ? aku nak tanya adakah muka aku layak digelar kuli atau hamba abdi secara terhormat terhadap SI KETERDESAKKAN . apaaa ? awak kata aku sememangnya layak. alhamdullilah aku harap esok awak pulak layak jadi macam aku kay! aku tahu bukan aku SEORANG SAHAJA  yang pernah jadi mangsa. masih terdapat jutaan lagi masyarakat malaysia terutamanya yang masih bersekolah rendah atau menengah yang menerima nasib sama mcam aku.tetapi apa yang membezakan aku dgan mangsa yang lain aku ialah aku seorang mangsa YANG BERANI BERSUARA  menggunakan blog . hahahahahaha aku tahu korang mesti tengah kutuk aku mcam ni "eleh poyo jer setakat dalam blog nenek aku pun boleh " korang jgan nak tipu eh , nenek korang dah rabun ada hati nak ber-blog-blog .ewah ewah . okay back to the stories.ingin aku nyatakan disini WAHAI PEMANGSA KERDESAKKAN SEKALIAN . dengarlah isi hati  mangsa yang tulus lagi ikhlas lagi murni lagi suci ini .
SESUNGGUHNYA kami a.k.a MANGSA KETERDESAKKAN tidak suka / membantah sekeras-kerasnya terhadap anda a.k.a (PEMANGSA KETERDESAKKAN) tidak kiralah anda suruh kami LIKE gambar ke , page ke , status ke , follow dekat twitter ke , selepas ini kami tidak akan ikut  arahan anda yang SEWENANG-WENANGNYA mengarahkan kami untuk buat sesuatu dengan membabi buta. kami baru sedar yang sebenarnya ANTARA KITA tidak pernah sign apa-apa contract yang menyatakan bahawa kami perlu menjadi hamba abdi / kuli batak anda.secara terhormat.kami tahu berat untuk anda menerimanya TETAPI kami lagi terlebih berat hendak ikut arahan anda yang dikeluarkan dalam kotak chatbox kami dgan secara MENGEJUTNYA . disebabkan anda juga kami fobia hendak mengaktifkan chatbox kami.kami takut arahan bertubi-tubi akan keluar selepas kami aktifkan chatbox kami.
setakat itu sahaja aku rasa apa yang patut aku luahkan. Sesungguhnya aku menjadi ahli parlimen wakil dari MANGSA KETERDESAKKAN. dan aku harap anda dapat menghentikan kes penderaan melalui facebook ini. aku tahu anda tidak pernah memaksa kami untuk membuat sedemikian tapi apakan daya hati kami ini terlalu luhur menekan button LIKE kami takut anda akan menangis meronta-ronta seperti seorang kanak-kanak 2 tahun yang tak dapat botol susu.kami mengingatkan anda tolong jangan pergunakan hati kami yang luhur ini.Kalau terasa , maaf diucapkan TETAPI kalau anda terasa dan terus tidak mempedulikan perasaan kami . please basuh hati anda dengan air zam-zam , apaaa ? jauh nak beli . guna air paip rumah pun boleh.

Sekian terima kasih.

P/S : kita tahu syarahan kita panjang berjela-jela jela jela . awak marah ? sembur nyamuk dkat blog kita .

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment